Social Icons

Pages

Sabtu, 21 Desember 2013

2 Warga Asing Dituduh Rompak Mesin ATM


MARAN – Dua lelaki warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merompak sebuah mesin pengeluar wang automatik (ATM) di sini awal bulan ini.

Carlos Roberto Gonzales, 55, warga Argentina dan Timoteo Bartolome, 31, warga Peru dituduh melakukan jenayah tersebut antara 3 hingga 5 pagi di premis Bank Rakyat di sini, 9 Oktober lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dalam bahasa Inggeris dibacakan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Ridzwan Seman manakala tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh dan Majistret Rini Triani Mohamad Ali menetapkan 20 November untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar