Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Jumat, 28 Februari 2014

2 Sami ditangkap polis terkait skandal seks anak

Bangkok -Polis Thailand menangkap dua orang sami setempat terkait skandal seks yang menggemparkan negara ini. Keduanya membawa seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun untuk memberi jasa seks kepada ketua sami.

Seperti dilansir AFP, Rabu (19/6/2013), kedua sami ini telah menafikan terlibat dalam skandal tersebut. Namun ketua Polis Chiang Mai, Kolonel Polis  Wirachon Bunthawi, berkata keduanya terancam hukuman maksima 15 tahun penjara jika terbukti bersalah terlibat dalam kes ini.

"Si ketua sami  masih berada di dalam kuil dan kami sedang menunggu surat perintah untuk menangkapnya," ujar Wirachon.

Menurut keterangan mangsa dan seorang pemandu, kedua sami yang berusia 20 tahun dan 23 tahun tersebut sengaja membawa mangsa untuk menemui   Ketua sami  di kuil yang ada di daerah Chiang Dao, Chiang Mai. Aksi ini terjadi selama beberapa kali, sejak Februari lalu.

Kes ini semakin menambah panjang daftar sami kontroversi di negara yang didominasi warga penganut Buddha ini. Beberapa waktu lalu, tiga sami setempat menuai kritikan kerana video menunjukkan ketiganya sedang asyik naik pesawat jet, memakai earphone dan kacamata, serta jalan-jalan keliling dengan membawa beg Louis Vuitton.

Ketiganya dikritik kerana menampilkan gaya hidup mewah, yang jelas-jelas bertentangan dengan prinsip hidup seorang sami. Selain kes tersebut, sami-sami di Thailand juga pernah memicu kontroversi kerana terlibat kes dadah, minum minuman keras, berjudi dan mengunjungi tempat pelacuran.
detikNews
selengkapnya

Selasa, 24 Desember 2013

Lelaki Ini Beri Hormat kepada Polis Dalam Keadaan Bogel

Foto : Pria bugil di China (Rex Feat)
Foto : Pria bugil di China (Rex Feat)
HEFEI - Seorang lelaki bogel di China membuat kehebohan dengan berlari-lari di jalan raya. Lelaki  itu   terlihat berdiri tegak dan memberi hormat di depan polis yang memandu kereta.

Pada awalnya, lelaki itu hanya mengenakan seluar dalam dan lompat ke kap  minibus yang sedang melaju. Lelaki  itu langsung membuang seluar dalamnya dan berbaring telanjang di jalan raya Kota Hefei, China. Setelah itu dia langsung melompat ke kap bonet teksi.

Ketika seorang polis  datang ke lokasi di mana lelaki bogel tu beraksi.  Lelaki tu terus  menyambut polis  yang datang dengan memberikan hormat dalam keadaan bogel. Dia terus menari-nari di depan kereta  polis  itu. Demikian, seperti diberitakan Daily Mail, Rabu (18/7/2012).

Sebelum ditangkap, lelaki itu sempat bergelut dengan polis  Polis  pun mengakui, tidak mudah bagi mereka untuk menangkapnya. Lelaki itu langsung digari dan diangkut dengan kereta polis ..

Hingga saat ini, informasi mengenai lelaki tersebut belum dilaporkan oleh polis .(AUL)
okezone 
selengkapnya

Minggu, 22 Desember 2013

Polis Diarah Pulangkan Balik Baju Bersih 2 0 Yang Dirampas

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bahawa rampasan baju Bersih 2.0 oleh pihak polis dan Menteri Dalam Negeri tidak sah.
Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi turut memerintahkan bahawa pihak polis harus memulangkan baju-baju yang dirampas kepada plaintif dalam masa 14 hari.
Demikian dimaklumkan Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun  Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa proses penahanan guru sekolah swasta itu yang  dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada Jun tahun lepas adalah sah dan tidak bercanggah dengan undang-undang.
Berikut adalah kenyataan beliau.
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bahawa rampasan baju Bersih 2.0 oleh pihak polis dan Menteri Dalam Negeri tidak sah di mana Mahkamah Tinggi turut memerintahkan bahawa pihak Polis harus memulangkan baju-baju yang dirampas kepada Plaintif dalam masa 14 hari.
Plaintif di dalam kes ini iaitu Musafri bin Abdullah Azmi memfailkan saman terhadap Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan 3 yang lain kerana mendakwa penahanan beliau dan rampasan pihak Polis terhadap baju-baju beliau yang tertera “Bersih 2.0 Gabungan Pilihanraya BERSIH dan Adil” pada 24/6/2011 adalah salah dan tidak sah, mala fide, melanggar hak dan kebebasan asasi manusia serta melanggar Pelembagaan Persekutuan.
Plaintif diwakili barisan Peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) iaitu Mohd Nazruddin Abdullah, Ahmad Termizi Abdullah, Noorazmir Zakaria dan Azizzul Shariman
Perbicaraan adalah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam, iaitu Yang Arif Dato’ Hj Zainal Azman bin Ab Aziz.

JUHAM menyambut baik keputusan Mahkamah tersebut kerana tindakan pihak Polis yang sewenang-wenangnya merampas baju Bersih 2.0 jelas adalah suatu tindakan yang tidak bertamadun dan merupakan suatu tindakan terdesak bagi menghalalkan niat jahat Umno dan Barisan Nasional bagi menghalang kebangkitan rakyat dalam menyuarakan suatu Pilihanraya yang bebas dan adil.
Keputusan Mahkamah ini juga membuktikan bahawa pihak polis telah menyalahgunakan kuasa yang diberikan pihak Menteri apabila dengan sengaja ingin menakut-nakutkan rakyat dengan membuat rampasan baju Bersih 2.0 tersebut yang jelas suatu tindakan yang langsung tidak berasas dan menyalahi hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Apatah lagi, ASP Mohd Amirul Anbalagan bin Abdullah, 41, yang merupakan pegawai penyiasat kes tersebut ketika memberikan keterangan pada hari perbicaraan mengakui dan bersetuju bahawa memiliki dan memakai baju Bersih 2.0 adalah tidak salah.
JUHAM ingin menegaskan bahawa hak asasi manusia tidak boleh dicabul dengan menggunakan kuasa tangkapan dengan sewenang-wenangnya di mana kuasa untuk menangkap oleh pihak polis haruslah berasaskan kepada syak wasangka yang munasabah dan bukannya mengikut telunjuk UMNO dan Barisan Nasional.
JUHAM komited untuk terus memperjuangkan hak asasi anggota masyarakat yang ditindas dan menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus mara ke hadapan dalam menuntut suatu Pilihanraya yang bebas dan adil tanpa rasa gusar dan takut kerana hak anda sentiasa dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Seterusnya JUHAM memberikan amaran kepada Umno dan Barisan Nasional untuk tidak terus menggunakan taktik yang dayus dan menakutkan-nakutkan rakyat. Hadapilah rakyat secara anak jantan pada Pilihanraya Umum yang akan datang dan bukannya mempergunakan pihak polis hanya kerana ingin mempertahankan kuasa yang ada yang telah semakin reput ditelan dek kebangkitan rakyat.Hrkh
selengkapnya