Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Rabu, 26 Februari 2014

Bekas dekan beristerikan seorang lelaki


JUMAAT, 6 APRIL 2012


Sri Wani ketika hadir ke prosiding mahkamah, semalam.



KUALA LUMPUR - Selepas setahun melayari bahtera perkahwinan, barulah si suami mengesyaki isteri ketiganya, pengusaha butik kecantikan adalah seorang lelaki.

Ini menyebabkan bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, memfailkan faraq (membubarkan perkahwinan) dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37.

Peguam Syarie, Muhammad Hafiz Ab Rashid yang mewakili Bahrom memberitahu wartawan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, Bahrom selaku plaintif memfailkan permohonan faraq itu pada 17 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Katanya, anak guamnya juga hanya menyedari dia mengahwini seorang lelaki pada penghujung 2010 iaitu setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand, 19 Ogos 2009.

Anak guamnya turut mempunyai bukti, termasuk sijil lahir serta nombor kad pengenalan Sri Wani yang menyatakan dia adalah lelaki berdasarkan nombor terakhir iaitu nombor ganjil.

selengkapnya

Rabu, 01 Januari 2014

Michael Buble Dapat Anak Lelaki


Penyanyi Michael Buble dilaporkan telah selamat menimang cahaya mata sulungnya, semalam.

Berita gembira itu dikongsikan oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu Sway menerusi laman Instagramnya.

“Kami berasa gembira dan bersyukur dengan kelahiran anak lelaki kami, Noah Buble,” katanya.

Isterinya, Luisana Lopilato melahirkan Noah pada jam 2.26 pagi semalam di Vancouver, Kanada.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2011 di tempat kelahiran isterinya, Buenos Aires, Argentina.

Oleh: AUDREY LEE
selengkapnya

Selasa, 24 Desember 2013

Lelaki Ini Beri Hormat kepada Polis Dalam Keadaan Bogel

Foto : Pria bugil di China (Rex Feat)
Foto : Pria bugil di China (Rex Feat)
HEFEI - Seorang lelaki bogel di China membuat kehebohan dengan berlari-lari di jalan raya. Lelaki  itu   terlihat berdiri tegak dan memberi hormat di depan polis yang memandu kereta.

Pada awalnya, lelaki itu hanya mengenakan seluar dalam dan lompat ke kap  minibus yang sedang melaju. Lelaki  itu langsung membuang seluar dalamnya dan berbaring telanjang di jalan raya Kota Hefei, China. Setelah itu dia langsung melompat ke kap bonet teksi.

Ketika seorang polis  datang ke lokasi di mana lelaki bogel tu beraksi.  Lelaki tu terus  menyambut polis  yang datang dengan memberikan hormat dalam keadaan bogel. Dia terus menari-nari di depan kereta  polis  itu. Demikian, seperti diberitakan Daily Mail, Rabu (18/7/2012).

Sebelum ditangkap, lelaki itu sempat bergelut dengan polis  Polis  pun mengakui, tidak mudah bagi mereka untuk menangkapnya. Lelaki itu langsung digari dan diangkut dengan kereta polis ..

Hingga saat ini, informasi mengenai lelaki tersebut belum dilaporkan oleh polis .(AUL)
okezone 
selengkapnya

Rabu, 18 Desember 2013

Lelaki Temui Mesej Dalam Botol 107 Tahun


SEORANG lelaki kebetulan berjaya menemui mesej di dalam botol yang tertua di sebuah kawasan pantai di Tofino, Kanada.

Steve Thurber dikatakan menemui sebuah botol yang ditutup rapat dengan kertas bertulis satu pesanan di dalamnya berusia 107 tahun di pantai Schooner’s Cove.

Selepas menemuinya, Thurber dari Courtenay bagaimanapun enggan membuka dan melihat kandungan mesej di dalam botol itu.

“Mungkin ini sahajalah satu-satunya botol yang dihantar oleh lelaki ini dan saya menemuinya, ia adalah seperti satu dalam berbilion kebarangkalian,” katanya.

Walaupun tidak dibuka, beberapa tulisan di atas mesej berkenaan boleh dilihat dari luar botol berkenaan.

Nota itu bertarikh 29 September 1906 ditandatangani oleh Earl Willard yang sedang berlayar dari San Fransisco ke Bellingham dengan kapal berkuasa stim Rainier.

Willard menghantar mesej berkenaan selepas kira-kira 76 jam dalam pelayaran yang memakan masa kira-kira dua minggu.

Alamat yang diberi Willard di dalam mesej itu kini merupakan sebuah muzium keretapi di Bellingham.

Thurber dikatakan menemui botol itu di dalam pasir pantai di kawasan yang ditutup untuk tujuan projek pemulihan semula Taman Negara Kanada.

Tahun lepas, seorang pemancing dari Scotland Andrew Leaper menemui botol berusia 98 tahun dengan satu mesej di dalamnya dan ia tercatat sebagai Rekod Dunia Guiness dan penemuan ini pasti memecahkan rekod itu.

Oleh : IBNU K
selengkapnya