Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label sebagai. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sebagai. Tampilkan semua postingan

Selasa, 24 Desember 2013

Akhbar Kanada mengkategorikan PM kita sebagai demokrat palsu

Malaysia tolak label demokrat palsu pada PM
4:51PM Jun 26 2012  
Kementerian Luar sedih dengan artikel dalam akhbar Kanada yang mengkategorikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "demokrat palsu", dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia.

Tulisan itu, bertajuk "A 21st-century checklist of the new autocrats" disiarkan pada 8 Jun oleh
The Globe and Mail.

NONE
Ia ditulis oleh ketua biro Beijing Mark Mackinnon, pemenang anugerah kewartawanan yang sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia.

Antara mereka, ketua pembangkang Burma Aung San Suu Kyi, bekas pimimpin Soviet Mikhail Gorbachev, bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, Presiden Israel Shimon Peres dan Raja Abdullah daripada Jordan.

Dalam artikelnya, Mackinnon mengelaskan autokrat dalam empat kategori - demokrat palsu, egois gila, populis ganas dan kapitalis tanpa perasaan.

Najib dimasukkan dalam kategori pertama bersama Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, perdana Menteri Ethiopia eles Zenawi dan Perdana Menteri Kambodia Hun Sen.

Bekas pemimpin yang pernah dikelaskan dalam kategori itu bekas presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak.

Mackinnon menulis, pemimpin ini "mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa" dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal".

selengkapnya

Kamis, 19 Desember 2013

Pandikar Amin dipilih semula sebagai Speaker

  • Hazlan Zakaria
  • Malaysiakini Jun 24 2013
 
Tan Sri Pandikar Amin Mula dipilih semula ke jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada hari pertama persidangan Parlimen untuk penggal ke-13 hari ini.
Beliau mengangkat sumpah jawatan berkenaan selepas pengundian bersurat dijalankan dalam sesi pagi ini.

Setiausaha Parlimen Datuk Rosmee Hamzah mempengerusikan acara berkenaan.

Pandikar menang dengan 133 undi, menewaskan calon dari blok Pakatan Rakyat, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi.
selengkapnya